10.2 KEMAHIRAN
INTRAPERSONAL
Mengikut London (2018), kemahiran
intrapersonal melibatkan kemahiran berkomunikasi yang berlaku dalam minda
seseorang. Kemahiran intrapersonal menginisiatifkan dialog dalaman dan tindak
balas yang berlaku dalam minda. Kesedaran tentang percakapan atau diolag
dalaman yang berlaku dalam diri merupakan langkah pertama seseorang dalam
membangunkan kemahiran intrapersonalnya. Dalam kebanyakan penulisan, kemahiran intrapersonal
juga disinonimkan dengan kecerdasan intrapersonal. kecerdasan intrapersonal
mengikut Gardner (2011) merupakan keupayaan untuk mengakses perasaan kendiri dan
berupaya mendiskriminasikan perasaan-perasaan yang dialami dan dapat membimbing
terhadap tingkah laku yang ditunjukkan. Individu tersebut juga mempunyai kecenderungan
dan pengetahuan tentang kekuatan, kelemahan, kehendak dan kecerdasan diri.
Menurut Vijaylakshmi (2016), individu yang mempunyai kecenderungan dalam kecerdasan intrapersonal biasanya seorang yang pendiam, mempunyai pertimbangan, bekerja bersendirian dengan baik, menguruskan perkembangan diri dan sentiasa mencari identiti. Mereka mempunyai pengawalan terhadap perasaan dan emosi yang cukup baik. Mereka dapat mengekspresikan diri melalui simbol. Mereka sentiasa mengamalkan reflesikan kendiri, memotivasikan diri sendiri dan mempunyai penampilan diri yang berkeyakinan tinggi.
Kemahiran intrapersonal juga merangkumi beberapa kemahiran seperti yang berikut:
Seperti kemahiran
interpersonal, kemahiran intrapersonal juga merupakan satu kemahiran yang amat penting untuk diamalkan oleh
semua pelajar di institut pengajian tinggi (IPT). Dengan adanya kemahiran
intrapersonal yang tinggi, keyakinan diri seseorang pelajar dapat ditingkatkan
dan penyesuaian sosialnya dalam kalangan kawan, pensyarah, guru dan masyarakat
sekeliling akan menjadi lebih mudah. Pemilikan kemahiran interpersonal yang
tinggi pada seseorang pelajar juga dapat membantunya untuk memperoleh
pencapaian akademik yang lebih baik.
SEKIAN TERIMA KASIH.
SEKIAN TERIMA KASIH.
9.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
Komuniti pembelajaran merupakan suatu
persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama sesama manusia yang
memungkinkan berlakunya sebarang perubahan tingkah laku yang mana ianya
melibatkan pelbagai unsur seperti kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat
atau idea, persaingan yang sihat dan sebagainya. Selain itu, komuniti pembelajaran juga merupakan salah satu tempat belajar
mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik. Sebagai
contoh, pembelajaran profesional di sebuah IPG yang mana terdiri daripada
pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja sebagai kolaboratif, memperbaiki
kemahiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
Penubuhan komuniti pembelajaran ini telah bermula sejak
1927. Pengasasnya, Alexander Meiklejohn telah membantu Experimental College
di Universiti Wisconsin untuk tempoh dua tahun. Beliau percaya bahawa
pelajar-pelajar terutamanya yang berada di tahap persediaan perlu mendapat
pendedahan kepada pembelajaran yang lebih menyeluruh dengan penglibatan
pelajar-pelajar senior yang lain dan para pensyarah. Penglibatan bersama semua
pihak berkenaan, iaitu pelajar-pelajar tahun persediaan ,pelajar
senior,pensyarah telah membentuk kumpulan perbincangan bagi menggalakkan
pelajar-pelajar baharu untuk berfikir bersama-sama, berbincang, menunjukkan
keprihatinan, aktif serta menggunakan kemahiran intelektual mereka untuk
melibatkan diri dalam sebuah masyarakat yang demokratik.
Alexander Astin (1985) dalam Strange dan Banning (2003) mendefinisikan komuniti
pembelajaran sebagai kumpulan kecil pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang
dikaitkan dengan satu matlamat yang sama; matlamat yang boleh digunakan untuk
membentuk satu identiti kumpulan yang mempunyai kejelekitan serta keunikan yang
menggalakkan kesinambungan dan pengintegrasian pengalaman kurikulum dan
kokurikulum yang pelbagai. Ciri-ciri satu komuniti pembelajaran termasuklah
menawarkan semangat kekitaan, mempunyai perasaan kepunyaan dan mempunyai
keupayaan diri untuk mempengaruhi ahli-ahli lain. Seterusnya, mempunyai
penglibatan menyeluruh tanpa mengira bangsa,agama,jantina,umur dan sebagainya.
Selain itu, menggalakkan integrasi dari pelbagai disiplin antara kurikulum. Di
samping itu, memperkembangkan kemahiran berfikir seperti pemikiran divergen, fleksibiliti, kritikal, kreatif,
metakognitif dan kognisi sosial.
Tambahan pula, antara cabaran yang harus diberi perhatian dalam
membentuk satu komuniti pembelajaran yang berjaya adalah seperti penglibatan.
Contohnya, komuniti pembelajaran yang ikhlas sentiasa memberikan galakan untuk
penglibatan bersama ahli-ahlinya. Semua ahli dalam komuniti pembelajaran adalah
penting dan semua ahli adalah diperlukan. Cabaran yang kedua adalah
pengaruh. Sebagai contoh, semua ahli dikehendaki membangunkan satu kontrak sosial
yang dapat memenuhi piawaian kumpulan dan disahkan secara individu dan secara
kumpulan. Cabaran yang ketiga adalah pelaburan. Buktinya, mempunyai pemilikan
secara psikologi dalam penglibatan dan pengaruh. Setiap ahli atau pelajar
mempunyai keprihatinan, saling faham memahami, bersifat telus dan berkomunikasi
secara asertif antara satu sama lain. Cabaran yang terakhir adalah identiti.
Contohnya ahli menggambarkan diri mereka sebagai ‘kamu’. Hal ini menekankan
kepentingan mereka terhadap keharmonian dan matlamat bersama.
PELAJAR SEBAGAI AHLI
KOMUNITI PEMBELAJARAN
Untuk merealisasikan komuniti pembelajaran dalam kalangan pelajar di
IPT. Mereka perlu mempunyai kemahiran penyesuaian sosial dan praktikal supaya
komuniti pembelajaran yang dibentuk dapat dimanfaatkan dengan berkesan.
Pelajar-pelajar dalam komuniti pembelajaran perlu memainkan peranan seperti
belajar cara untuk berhubung sesama mereka dan berinteraksi dengan sumber dan
persekitaran untuk membentuk keupayaan berfikir tanpa sempadan untuk diri dan
membuat perkaitan dengan pengalaman yang dilalui. Sumbangan dan penglibatan
setiap ahli dihargai. Pelajar-pelajar juga mempelajari cara untuk berkompromi,
saling mempengaruhi dan menunjukkan keprihatinan. Kemahiran yang dipelajari
dalam komuniti pembelajaran dapat digunakan sehingga akhir hayat.
Oleh yang demikian, penting bagi pelajar-pelajar IPT melibatkan diri
sebagai ahli komuniti pembelajaran. Banyak manfaat yang diperoleh oleh mereka
sekiranya semua ahli komuniti pembelajaran memainkan peranan dengan baik. Untuk
memastikan suatu komuniti pembelajaran yang dibentuk itu berjaya mencapai
matlamatnya, penyesuaian sosial dalam kalangan pelajar perlu dipraktikkan
dengan baik.
SEKIAN TERIMA KASIH.
SEKIAN TERIMA KASIH.
JUMPA LAGI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan